SAFIRA

Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani

'URBAN VIBE ONLINE CONTEST EDISI KE-3 "..... and they live happily ever after"

Sunday, February 20, 2011

PERSIAPAN PERKAHWINAN

KATERING

DEWAN


PELAMIN 5 PANEL


BAJU SANDING


BAJU NIKAH


WALKWAY


SOLEKAN SANDING


SOLEKAN NIKAH

BANNER/BUNTING

KAD KAHWIN

BUNGA PAHAR

DOOR GIFT

BINGA KORSAJ

BAJU FAMILI SAMA TEMA


PA SISTEM

KOMPANG

WEDDING SONG

GUBAHAN HANTARAN

Friday, February 4, 2011

'URBAN VIBE ONLINE CONTEST EDISI KE-3 "..... and they live happily ever after"


Pameran Pengantin Malaysia 2011 (17th Edition)
Shah Alam Convention Centre
(SACC Convex Shah Alam)
11 - 13 Feb 2011

Dianjurkan oleh : URBAN VIBE EVENT

ME & ENCIK TUNANG


Ibu dan Abah sudah 30 tahun bersama.Dalam tempoh tersebut sudah tentu banyak yang dilalui sama ada pengalaman suka dan duka.Dan itulah lumrah perhubungan suami isteri.Asam garam rumahtangga yang ditunjukkan oleh ibu dan Abah banyak memberi kesan sebenarnya. Aku kagum dengan cara ibu melayan abah yang kadangkala sukar difahami. Abah walaupun terkenal dengan sikap peramah dan lawaknya tetapi sering membuat orang geram dengan sifatnya. Tetapi ibu seringkali berkata suami adalah insan  paling perlu dihormati. Baik buruknya diterima dengan seikhlas hati. Namun begitu setelah 30 tahun mereka masih dapat mengekalkan kerukunan rumah tangga mereka.


Abah sedari dulu tidak melepak di warung kopi bersama kawan-kawannya. Itu yang paling aku suka aku perhatikan. Masa lapangnya banyak dihabiskan di rumah bersama kami. Abah suka menolong ibu memasak dan membuat kerja-kerja rumah. Dan masakan abah selalu kami nantikan. Abah terkenal dengan menu masakan "'Mihun Singapura', Sambal Tempoyak, Kuey Teow dan Sambal tumis Ikan Bilis. Sehinggakan aku merasakan aku ingin mencari suami sebaik abah dan pandai memasak seperti abah.Memang ada juga masa aku "panas" dengan abah yang overprotective tapi aku faham his nature to be protective.Yelah anak-anaknya ramai perempuan.Adalah menjadi tanggungjawabnya untuk melindungi anak-anaknya.


Abah juga seorang yang kreatif di samping ibu yang terkenal dengan multi-skills. Memang ngam kata orang kampung.hehe aku lihat abah selalu menemani ibu yang seringkali memasuki pertandingan daripada gubahan sehingga ke jahitan. Malahan abah menjadi pengkritik tetap ibu dalam mana-mana pertandingan. Heheh itulah dasyatnya... Dan tidak sia-sia juga sebab ibu selalu menjadi johan pertandingan menggubah dan juga menjahit.


Sudah tentu semua tertanya-tanya adakah abah bekerja sebagai pengusaha butik atau chef terkenal atau pengusaha restoran? Sebenarnya abah seorang bekas tentera. Walaupun selalunya tentera digambarkan sebagai seorang yang garang, bermisai lentik, muka ganas dan suara garau tetapi abah berlainan sama sekali.Heheh Abah bersifat penyayang, sangat baik dan tidak panas baran. Mungkin itu kot yang buat ibu terpikat. Dalam usia yang separuh abad inipun abah masih romantik lagi. Aku kagum sebenarnya. Bukan sebab abah seorang yang boleh memasak dan tidak kekok membuat kerja-kerja rumah. Tetapi disebabkan aku percintaan mereka selepas perkahwinan yang dapat dikekalkan  sehingga  ke hari ini.


Kalau nak dikutkan sejarah percintaan abah tidak seperti Romeo dan Juliet. Sebelum berkahwin mereka tidak pernah bercinta. Malahan ibu pun ada katakan pada mulanya ibu tidak berapa sukakan abah yang kaki mengusik dan melawak. Abah dan ibu berjiran semasa abah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia dahulu. Dan abah selalu mengusik ibu yang pada masa itu terkenal dengan kecantikannya. Heheh biasalah kan. Ibu seringkali menolak pinangan yang datang. Tetapi disebabkan abah betul-betul sukakan ibu, abah mengambil pendekatan berlainan dengan mengurat Arwah Atuk dahulu. Kata orang kalau mahukan anak mestilah ambil hati orang tua dahulu. Dan kata orang disebabkan keberkatan restu arwah atuk dahulu yang membuatkan ibu lembut hati menerima abah. Dan ibu bertunang seterusnya berkahwin dan kekal bahagia sehingga ke hari ini.


Begitulah juga dengan perhubungan aku dan Encik Tunangku..Hehe Ada persamaan cuma suasana yang berlainan. Satu tempat kerja dan persamaanya dengan sifat abah. Cuma yang ku pinta dan doakan agar mudah-mudahan perhubungan kami boleh kekal dan bahagia sehingga ke syurga hendaknya..Amin


IBU ABAH YANG MASIH ROMANTIK